Pengenalan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt
kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan
al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata
(waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman
dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu,
perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan
keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu
adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat
dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat
dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni
secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang
berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud
kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada
hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme
yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni
masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral.
Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan
seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk
seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan
sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk
masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan
maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana'
menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan
yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu
berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah.
Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan
keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci,
cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian'
menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan
yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok
masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang
menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia
dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara
ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :
- Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
- Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya.
- Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
- Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan
Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari
segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil
seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan
sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah
kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran
dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga
merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk
yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat
manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah
swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah
tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah
letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama
ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam
Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah
menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan
dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses
pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya
seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"
(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan
akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai
perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti
ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan).
Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan
berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan
ketaqwaan.
Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan
nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam
sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap
segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah
swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai
yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri.
Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang
mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang
mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama
seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada
di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian
Islam dengan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama
mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni
untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.
Antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh
muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat
seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk
binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang
ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu
atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid,
qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai
dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
- Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
- Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
- Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
- Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
- Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
- Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
- Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
- Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.
Matlamat Kesenian
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan,
tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan
kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia.
Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang
sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan
dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira
ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama
untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan
kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang
benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke
arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni
haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan
berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian
manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut
kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak
kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara
alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari
keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di
samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang
diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan.
Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni'
tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'.
Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu
penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang
berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni
juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.
Bidang-bidang Kesenian Islam
a) Tulisan Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan
bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya
menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan
indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya
tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis
ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran
dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada
kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta
seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan.
Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya,
mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama
dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.
Kepentingan Seni Khat
- Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
- Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.
- Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
- Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
- Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya
juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama
dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya
khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani
Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat
ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid,
pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran
timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan
seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta
untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak
digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana
tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk
hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk
penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan
surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan
khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu
ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh
para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi
karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy
sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi
seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya
juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani,
ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan
estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.
b) Penulisan (Sastera)
Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni
kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang
sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana
kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana
kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan
bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau
sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah
menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya
apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang
merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik
yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta
Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan
kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan bahasa kesusteraan dan
yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa
mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi,
bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya.
Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus
berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan
Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi
Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.
c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus.
Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat
dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat
pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu,
makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada
objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang
banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih
biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang
syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu
juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar
manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias
dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan
sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu
dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.
Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di
Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran
yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque
dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan
gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan
buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam
biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk
benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa
atau patung.
d) Seni binaan.
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya
menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia.
Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun
yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada
sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan
dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat
melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni
bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk
yang telah usang dan hampir runtuh.
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus
diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah
meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini
dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda
berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah
mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi
lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid
pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang
digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan
pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan
sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid
ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur
dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran
umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun
berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang
dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan
pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak
dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian
iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati
kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi
matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat,
artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai
tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka
bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina
masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah
masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid
jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa
perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat
kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan
serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan
azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan
karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang
tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni
bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan
bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan
seolah-lah ia tidak berkesedahan.
Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi
bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat,
bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina
mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah
s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak
dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal,
kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan
Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya
bumi dan pintu gerbang darul ehsan.
e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan
menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini
dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul
dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang
tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada
hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi.
Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke
tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka
ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali
terhadap hiburan".
Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan
istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford
mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap
didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.
Kami Ambul Dari : http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php
0 komentar:
Posting Komentar