RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda
ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi
Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat
manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah,
Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk
memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat
Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda
supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan
itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya
supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu
rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya:
"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di
rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW)
walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam
itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui
lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah
(SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka
pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat
melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa
mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka
kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji
mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di
Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi
mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak
berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah
dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi
mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan
bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin
musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan
dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka
menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan
kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit
matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala
kepercayaan kepada Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap
Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya
dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba
perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah
sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan
untuk masa depan.
Ketika
Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah
berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin
mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat
bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah,
Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika
berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan
sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda.
Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat
semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik
tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.
Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka
supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan
daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu
catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai
permulaan kalendar Islam.
sumber
: http://halaqah.net
0 komentar:
Posting Komentar